iklan

Followers

Pages

Saturday 9 July 2011

BERSIH kan lemak-lemak yang ada!

9 Julai hari ini, nak bersih apa ye? Hari-hari nak kena bersih, kalau tidak naik rimas dibuatnya rumah ni. Longkang depan rumah pun belum habis dibersihkan.

Aku cuma tau setiap kali 9 Julai akan mengingatkan aku birthday kawan aku zaman sekolah dulu. Happy birthday buat Errie atau lebih popular dengan panggilan Manja semasa di sekolah dulu. Moga sentiasa ceria dan bahagia dengan keluarga tersayang. Baru lagi dapat baby ke lima. Nak lawan akulah tu..he..he..

Esok pula 10 Julai punya cerita yang sedih pula buat aku. Tapi ia adalah kegembiraan buatUjang, Yien dan seluruh ahli keluarganya sebab esok adalah harijadi bonda mereka yang tercinta. Terubat kerinduan mereka selepas selamat bonda pulang dari menunaikan umrah.

Hari ini pagi-pagi lagi Aishah,15 dah ke sekolah ada tuisyen Matematik, manakala Amirul,13 pulak ada sukan sekolah yang mana semua ibu bapa juga dijemput hadir.

Dua-dua hubby hantar pagi ini. Aku pulak kena uruskan lagi tiga orang ni. Cadangkannya lepas sarapan baru nak jenguk Amirul di sekolah. Dekat aje, 3 minit dah sampai dengan kereta kecil aku tu.

Nak bagi sokongan pada anak aku yang 'chubby' ni bersukan.

Kena buang lemak-lemak yang ada ni kasi BERSIH

No comments: